Kategori
Pembiayaan Pertama & KeduaLembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
Tidak boleh. Bagi permohonan pembiayaan kali kedua, peminjam hanya dibenarkan untuk memilih sama ada untuk membeli hartanah atau kerja ubahsuai rumah sahaja dan ianya tertakluk kepada syarat pembiayaan kedua.
a) Baki hutang pembiayaan pertama selesai sepenuhnya.
b)Kelayakan pembiayaan kedua tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji hakiki semasa.
Hartanah yang telah digadaikan kepada LPPSA dibenarkan untuk digadai kepada institusi kewangan bagi mencukupkan wang beza dengan syarat:
i. institusi kewangan/ agensi tersebut bersetuju untuk menjadi pemegang gadaian kedua; dan
ii. bagi hartanah yang memiliki Hakmilik Individu/ Strata sahaja. Sekiranya pemilikan hartanah berstatus penyerahan hak adalah tidak dibenarkan.
Bolehkah peminjam memohon pembiayaan pertama dan kedua untuk membina rumah atas lot tanah yang sama?
Tidak boleh kerana pembiayaan perumahan bagi membina rumah hanya dibenarkan untuk mendirikan sebuah rumah sahaja di atas satu lot tanah.
Boleh dipertimbangkan dengan syarat pasangan peminjam bersetuju untuk memindahmilik harta sekurang-kurangnya sebahagian atau sepenuhnya kepada nama peminjam.
Boleh dipertimbangkan.
Boleh, dengan syarat penjanjian jualbeli rumah ditandatangani oleh tiga (3) pihak iaitu tuan tanah, pembeli dan penjual/ pemaju atau mengemukakan surat wakil kuasa daripada tuan tanah.
Tidak. Permohonan pembiayaan beli tanah hendaklah dikemukakan terlebih dahulu. Permohonan pembiayaan bina rumah boleh dimohon setelah Arahan Potongan Gaji untuk pembiayaan tanah telah dikeluarkan.
Boleh, dengan syarat perlu menyelesaikan hutang pembiayaan tanah yang terdahulu.
Tempoh bagi pembiayaan jenis 6 adalah a) 360 bulan; atau b) sehingga umur 90 tahun bagi skim pencen/ tamat perkhidmatan bagi skim KWSP; atau mana-mana terdahulu termasuk tempoh bayaran balik pembiayaan Jenis 4 yang telah digunakan.
Kemaskini terakhir: 12 November 2024