Kategori
Perlindungan Insurans / TakafulLembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
Tidak. Pemohon yang mengambil pembiayaan SPPSAi dikehendaki mengambil perlindungan takaful manakala pemohon yang mengambil pembiayaan Skim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (SPPSA) dikehendaki mengambil perlindungan insurans (konvensional).
Perkhidmatan Eksekutif Pembiayaan atau FE adalah pilihan dan tidak wajib bagi pemohon untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.
Tidak. Peminjam tidak dibenarkan menukar panel insurans / takaful selepas kelulusan pembiayaan dibuat.
Apakah skop perlindungan yang dilindungi oleh polisi/sijil Insurans/Takaful Gadai Janji (MRTA/MRTT)?
Skop perlindungan yang dilindungi oleh polisi Gadai Janji adalah mengikut tahun kelulusan seperti berikut:
1. Sebelum 1 Ogos 1995:
a. Kematian
2. Ogos 1995 – 31 Disember 2017:
a. Kematian
b. Keilatan kekal dan menyeluruh
3. 1 Januari 2018 – 29 Februari 2020:
a. Kematian
b. Keilatan kekal dan menyeluruh
c. Penyakit Kritikal
4. 1 Mac 2020 – 31 Disember 2023:
a. Kematian
b. Keilatan kekal dan menyeluruh
Pelanggan boleh mendapatkan salinan polisi insurans/ sijil takaful dengan berhubung terus dengan panel insurans/takaful yang dipilih.
Tuntutan pampasan hendaklah dikemukakan terus kepada panel insurans/takaful yang dipilih.
Kemaskini terakhir: 12 November 2024