Arahan Potongan Pencen (APP)

Arahan Potongan Pencen (APP)Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

i) Pesara dibawah agensi JPA/KWAP
Pesara dibawah agensi JPA/KWAP tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen kerana arahan potongan pencen (APP) akan dikeluarkan terus kepada pelanggan setelah menerima data persaraan dari agensi KWAP.

ii) Pesara dibawah agensi JHEV
Peminjam yang akan bersara / tamat perkhidmatan perlu menghantar Borang Pemberitahuan Persaraan / Tamat Perkhidmatan (Lampiran C) kepada LPPSA 6 bulan sebelum tarikh persaraan.

Peminjam perlu memaklumkan kepada LPPSA berhubung potongan pencen yang tidak dilaksanakan melalui portal pertanyaan / aduan https://etiket.lppsa.gov.my/ dan menyertakan sekali salinan penyata pencen bulanan.

LPPSA akan mengeluarkan notis ulangan makluman Arahan Potongan Pencen (APP) kepada JPA Pasca Perkhidmatan / KWAP dan JHEV (bagi anggota dan pegawai ATM).

Peminjam perlu membuat bayaran balik secara terus kepada LPPSA bagi ansuran bulanan yang tidak dapat dilaksanakan melalui potongan pencen.

Tatacara pembayaran secara terus boleh dirujuk pada laman web rasmi LPPSA https://myfinancing.lppsa.gov.my/my/pelanggan-sedia-ada.

Potongan melalui ganjaran akan dibuat kepada pelanggan yang bakal bersara sekiranya pelanggan mempunyai tunggakan ansuran bayaran balik bulanan semasa tempoh perkhidmatan. Amaun potongan ganjaran adalah berdasarkan kepada amaun tunggakan bayaran balik dan bukan berdasarkan amaun keseluruhan baki pembiayaan.

Sekiranya peminjam tidak mempunyai tunggakan, bayaran balik akan diteruskan melalui potongan pencen. Peminjam disarankan untuk menyemak akaun pembiayaan sebelum tarikh persaraan bagi mengelakkan potongan ganjaran ditolak.

Boleh. Peminjam perlu mengemukakan surat permohonan dan disertakan bersama surat makluman Pemberitahuan Persaraan / Tamat Perkhidmatan ke LPPSA bagi memproses permohonan tersebut.

Bayaran balik pembiayaan adalah melalui potongan pencen. LPPSA akan mengeluarkan notis makluman Arahan Potongan Pencen (APP) kepada JPA Pasca Perkhidmatan / KWAP dan JHEV (bagi anggota dan pegawai ATM).

Sekiranya pencen bulanan tidak mencukupi, peminjam perlu membuat bayaran wang beza secara terus ke LPPSA bagi mengelakkan berlakunya tunggakan.

Contoh:
Pencen bulanan: RM 1,000.
Ansuran bulanan LPPSA: RM1,200.

Bayaran melalui potongan pencen:RM 1,000
Bayaran secara terus kepada LPPSA: RM 200.

Tatacara pembayaran secara terus boleh dirujuk pada laman web rasmi LPPSA https://myfinancing.lppsa.gov.my/my/pelanggan-sedia-ada.

Tidak boleh. Penjadualan semula hanya akan dilaksanakan sekiranya peminjam membuat penyelesaiaan sebahagian baki pembiayaan perumahan.

Untuk makluman, maklumat persaraan yang diterima melalui Borang Lampiran C akan dikemaskini di dalam sistem pembiayaan perumahan. Notis makluman Arahan Potongan Pencen (APP) akan dihantar kepada JHEV (bagi anggota dan pegawai ATM) sebulan sebelum tarikh persaraan. Notis makluman APP juga akan di hantar kepada peminjam melalui emel, pos dan SMS.

Kemaskini terakhir: 12 November 2024

Ketahui lebih lanjut berkenaan produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan!