Pembatalan Pembiayaan

Pembatalan PembiayaanLembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

Pelanggan masih mempunyai baki pembiayaan setelah pembatalan dibuat, kemungkinan adalah disebabkan oleh:

i. Pembatalan pembiayaan selepas satu (1) tahun dari tarikh kelulusan pembiayaan dan pengeluaran bayaran polisi gadaijanji sahaja, pihak Panel Insurans/ Takaful akan membuat pemulangan ke atas Nilai Serahan Tunai. Sekiranya akaun pembiayaan masih berbaki, pihak LPPSA akan mengeluarkan notis tuntutan atas baki tersebut kepada pelanggan.

ii. Pembatalan pembiayaan yang dibuat selepas pengeluaran bayaran polisi gadaijanji dan hartanah, pihak LPPSA akan menuntut jumlah bayaran yang telah dikeluarkan (hartanah dan insurans/ takaful) kepada pelanggan termasuk faedah yang dikenakan.

Pengiraan Nilai Serahan Tunai bagi kes pembatalan akan ditentukan oleh pihak Panel Insurans/ Takaful. Sekiranya akaun pembiayaan masih berbaki, LPPSA akan mengeluarkan notis tuntutan atas baki pembiayaan kepada pelanggan.

Pelanggan hendaklah mengemukakan tuntutan terus kepada Panel Insurans/ Takaful yang telah dipilih semasa permohonan pembiayaan.

Kemaskini terakhir: 12 November 2024

Ketahui lebih lanjut berkenaan produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan!