Kategori
Penjadualan / Penangguhan Bayaran Balik PembiayaanLembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
Ya, LPPSA membenarkan pelanggan untuk membuat bayaran penyelesaian sebahagian bagi mengurangkan baki pokok pembiayaan dengan minimum enam (6) bulan ansuran bulanan selepas mengambil kira tunggakan (jika ada). Pelanggan hanya dibenarkan membuat penyelesaiaan sebahagian bagi mengurangkan baki pokok pembiayaan sekali sahaja dalam setahun.
Pelanggan perlu mengemukakan permohonan penyelesaiaan sebahagian pembiayaan beserta bukti pembayaran melalui emel kepada eftmaklum@lppsa.gov.my atau e-Tiket.
Ya, penjadualan semula bayaran balik (pengurangan ansuran bulanan) adalah dibenarkan dengan membuat pembayaran selesai sebahagian baki pembiayaan dengan minimum enam (6) bulan ansuran bulanan selepas tunggakan di ambil kira (jika ada) dan ia dibenarkan hanya sekali sahaja dalam setahun.
Sekiranya pelanggan membuat bayaran melebihi enam (6) bulan ansuran bulanan buat kali yang kedua dalam tahun yang sama, bayaran tersebut tidak akan akan dianggap penyelesaiaan sebahagian dan pelanggan boleh mengemukakan permohonan baru pada tahun yang berikutnya.
Pelanggan perlu mengemukakan permohonan penjadualan bayaran balik pembiayaan beserta bukti pembayaran melalui emel kepada eftmaklum@lppsa.gov.my atau e-Tiket.
Pelanggan layak memohon penangguhan bayaran balik pembiayaan sekiranya diluluskan cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji oleh Ketua Jabatan bagi tempoh minimum setahun dan tertakluk kepada syarat berikut:
i. Melanjutkan pelajaran atas tajaan Kerajaan bagi Sijil/ Diploma/ Ijazah/ Sarjana/ PhD dalam Negeri atau luar Negara; atau
ii. Mengikuti suami/ isteri yang melanjutkan pelajaran Sijil/ Diploma/ Ijazah/ Sarjana/ PhD dalam Negeri atau luar Negara atas tajaan Kerajaan; atau
iii. Mengikuti suami/ isteri yang bertugas dengan Kerajaan di luar Negara; atau
iv. Mengambil cuti menjaga anak bagi tempoh minimum setahun yang bersambung daripada tamat tempoh cuti bersalin.
Pelanggan perlu mengemukakan permohonan penjadualan bayaran balik pembiayaan beserta bukti pembayaran melalui emel kepada eftmaklum@lppsa.gov.my atau e-Tiket.
Tidak. Skim Bantuan Khas Projek Perumahan Lewat 2022 atau penangguhan bayaran balik pembiayaan telah tamat pada 31 Disember 2022. Kelulusan Khas ini tidak tertakluk kepada mana-mana peruntukan Akta 829 atau apa-apa kelulusan yang diberikan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN).
Kemaskini terakhir: 12 November 2024