Projek Terbengkalai / Bermasalah / Sakit

Projek Terbengkalai / Bermasalah / SakitLembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

Ya, pelanggan boleh memohon penjadualan semula bayaran balik pembiayaan melalui portal e-Tiket di pautan e-Tiket dengan mengemukakan dokumen seperti berikut:

1. Permohonan rasmi penjadualan semula bayaran balik pembiayaan.
2. Surat pengesahan status Projek Perumahan Terbengkalai/ Bermasalah (Tanpa Lesen)/ Sakit oleh Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT)/ Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan (KKTP) Sabah/ Sarawak.

Ya, pelanggan boleh memohon pembatalan pembiayaan melalui portal e-Tiket di pautan e-Tiket dengan mengemukakan dokumen seperti berikut:

1. Permohonan rasmi pembatalan pembiayaan.
2. Surat pengesahan status Projek Perumahan Terbengkalai/ Bermasalah (Tanpa Lesen)/ Sakit oleh Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT)/ Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan (KKTP) Sabah/ Sarawak.

Pelanggan tidak dibenarkan memohon penangguhan pembiayaan atau penjadualan semula bayaran balik pembiayaan bagi projek perumahan lewat siap.

Pelanggan boleh mendapatkan Surat pengesahan status Projek Perumahan Terbengkalai/ Bermasalah/ Sakit melalui laman web rasmi atau ke KPKT/ KKTP(Sabah/Sarawak) seperti di bawah:

1. Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan,
Bahagian Projek Perumahan Terbengkalai,
Aras 33, Blok 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100, PUTRAJAYA WILAYAH PERSEKUTUAN.
Laman web : http://ehome.kpkt.gov.my

2. Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Tingkat 5-6, 10-11, 15-18,
Wisma Innoprise, Jalan Sulaman, Teluk Likas,
88817 Kota Kinabalu.
Laman web : https://mlgh.sabah.gov.my

3. Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak,
Tingkat 2, Baitul Makmur, Petra Jaya, Medan Raya,
93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Laman web : https://mphlg.sarawak.gov.my

Kemaskini terakhir: 12 November 2024

Ketahui lebih lanjut berkenaan produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan!