Tentang Kami
Bina Rumah Dulu, Bayar KemudianLagenda Armada Sdn. Bhd. merupakan syarikat pemaju perumahan dan perunding hartanah yang berlesen serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ditubuhkan pada tahun 2015 dengan matlamat untuk terlibat di dalam industri pemajuan hartanah dan binaan.
Lagenda Armada Sdn. Bhd. bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti hartanah sebagai pemaju untuk pembinaan projek perumahan mampu milik. Projek-projek pembinaan yang dijalankan oleh Lagenda Armada Sdn. Bhd. ini lebih terarah kepada pembinaan rumah kediaman untuk kakitangan awam melalui kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selaras dengan peranan syarikat sebagai pemaju perumahan.
Selain itu, Lagenda Armada Sdn. Bhd. juga terlibat dengan perkhidmatan konsultasi am berkaitan pengurusan hartanah. Perkhidmatan konsultasi yang ditawarkan adalah merangkumi aspek-aspek perundingan, jualan dan pengurusan.
Dengan adanya pengetahuan dan kemahiran pengurusan yang kukuh dalam industri pembinaan, Lagenda Armada Sdn. Bhd. akan menyediakan perkhidmatan yang terbaik secara berintegriti, kepakaran pembinaan maju dan matang serta saintifik dan pendekatan pengurusan yang cekap kepada para pelanggan dan bakal-bakal pelanggannya.
Lagenda Armada Sdn. Bhd. dengan sejarah penubuhannya yang singkat di dalam dunia hartanah telah menjadi pemimpin di dalam industri pemilikan rumah mampu milik dan turut dikenali kerana mengambil langkah inovatif.
Syarikat sangat berbangga dengan pencapaian yang dikecapi dan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk mengambil bahagian dalam menawarkan perundingan pemilikan perumahan yang lebih kompetitif sebagai alternatif kepada golongan sasar untuk memiliki rumah sendiri.
Lagenda Armada Sdn. Bhd.
Lagenda Armada Sdn. Bhd. melaksanakan pelan penyusunan semula yang melibatkan pengambilalihan projek terbengkalai kontraktor G7, menjadikan syarikat kami terlibat di dalam penyediaan perkhidmatan pengurusan pembinaan terutamanya untuk bangunan kediaman mampu milik.
Diketuai oleh pasukan pengurusan yang berpengalaman dan teknikal yang kuat, LASB mengamalkan amalan pembinaan yang menyokong pengoptimuman kecekapan projek pembinaannya. Ia mengguna pakai sistem bangunan perindustrian (IBS) dalam kebanyakan projek pembangunan dan pembinaannya yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan meningkatkan kualiti projek kami.
Pengarah urusan Lagenda Armada Sdn. Bhd., Dato’ Shaharizal bin Ghazali berkata, penyempurnaan pelan regularisasi akan membolehkan syarikat kembali kepada kedudukan kewangan dan keuntungan yang lebih baik dan kukuh.
Lagenda Armada Sdn. Bhd.
DATO’ SHAHARIZAL BIN GHAZALI
Pengarah Urusan Lagenda Armada Sdn. Bhd.