Polisi
Maklumat Umum
Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini menyatakan bagaimana Lagenda Armada Sdn. Bhd. (secara kolektif “Kami”, dan mana-mana daripada syarikat-syarikat di bawah ikatan kerjasama sebagai rakan strategik perniagaan Lagenda Armada Sdn. Bhd. akan turut dirujuk sebagai “Kami”) mengumpulkan, menggunakan dan melindungi Data Peribadi pelanggan-pelanggan dan bakal pelanggan Kami, dan orang-orang lain yang mana Data Peribadi mereka telah diberikan kepada Kami. Notis ini disediakan selaras dengan keperluan-keperluan Undang-Undang Negara Malaysia (Akta 709), Akta Perlindungan Data Peribadi (2010).
1. Data Peribadi
Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kuki individu yang kami gunakan dan tujuan kami gunakan dalam jadual di bawah:
1.1 – “Data Peribadi” yang anda berikan atau telah diberikan kepada Kami termasuk nama, maklumat perhubungan, alamat, alamat e-mel, nombor kad pengenalan atau nombor pasport, jantina, umur, tarikh lahir, jawatan, butir-butir pasangan atau ahli-ahli keluarga, butir-butir akaun bank anda dan apa-apa maklumat yang berhubung secara langsung atau secara tidak langsung kepada anda, daripada yang mana anda boleh dikenal pasti atau dapat dicamkan daripada maklumat tersebut, yang mana dikumpulkan, direkodkan, dipegang atau disimpan oleh Kami.
1.2 – Di samping Data Peribadi yang anda berikan kepada Kami secara langsung (sama ada ketika pendaftaran dengan Kami sebagai pembeli yang berminat atau pada masa pembelian sebarang hartanah yang dijual oleh Kami), atau pada masa pemberian permohonan keanggotaan anda kepada Kami, sepertimana kes yang mungkin) Kami juga boleh mengumpulkan Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber-sumber lain, termasuk tanpa had, daripada pihak-pihak ketiga menerusi rujukan atau sumber-sumber yang sah, ejen-ejen hartanah Kumpulan yang dilantik atau di acara-acara yang diaturkan atau disertai oleh Kami.
2. Tujuan Memproses Data Peribadi
2.1 – Data Peribadi anda akan digunakan dan diproseskan oleh Kami bagi tujuan-tujuan sebagaimana yang dihuraikan di bawah:
(1) untuk menyediakan dan menguatkuasakan segala instrumen-instrumen, dokumen-dokumen dan perjanjian-perjanjian yang diperlukan bagi tujuan memasuki transaksi-transaksi dengan Kami, termasuk tanpa had, transaksi-transaksi jual dan beli;
(2) untuk membolehkan Kami menjalankan atau melaksanakan sebarang perkhidmatan-perkhidmatan atau fungsi-fungsi bagi tujuan atau yang berkaitan dengan perenggan (1) di atas;
(3) untuk pendaftaran sebagai senarai pelanggan-pelanggan atau bakal pelanggan Kami;
(4) untuk tujuan pentandbiran dalaman Kami, termasuk tujuan pentadbiran sumber manusia (berkenaan dengan Data Peribadi pemohon-pemohon keanggotaan baru);
(5) untuk penyampaian notis-notis penting berkenaan dengan perubahan di dalam terma-terma, syarat-syarat atau polisi-polisi perniagaan/penjualan Kami yang mungkin menjejaskan anda;
(6) untuk Kami berkomunikasi dengan anda atau menghubungi anda bagi semua tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas; dan
(7) untuk Kami mematuhi dengan keperluan undang-undang atau peraturan berhubung dengan pemberian perkhidmatan-perkhidmatan dan produk-produk Kami di bawah keperluan undang-undang terpakai, peraturan-peraturan, undang-undang kecil, garis-garis panduan, arahan-arahan atau sebarang perintah mahkamah yang terpakai kepada Kami.
2.2 – Ianya adalah sukarela bagi anda untuk membekalkan Data Peribadi anda kepada Kami. Walaubagaimanapun, jika anda tidak memberikan Data Peribadi anda, Kami mungkin tidak dapat:
(1) menjalankan perjanjian-perjanjian yang perlu ditransaksikan dengan anda seumpama perjanjian-perjanjian jual dan beli bagi penjualan hartanah atau produk Kami secara efektif;
(2) memberikan anda perkhidmatan-perkhidmatan yang anda minta daripada Kami;
(3) memberikan anda notis-notis atau bahan-bahan yang anda minta daripada Kami, jika ada; atau
(4) berkomunikasi dengan anda secara efektif.
2.3 – Kami juga boleh memproseskan Data Peribadi anda bagi tujuan-tujuan seperti berikut:
(1) untuk menyampaikan kepada anda jemputan-jemputan ke pelancaran-pelancaran hartanah dan acara-acara Kami; atau
(2) untuk menyampaikan kepada anda bahan-bahan promosi dan iklan-iklan bagi tujuan pemasaran Kami.
2.4 – Kami akan berkomunikasi dengan anda, bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di perenggan-perenggan 2.1 dan 2.3 di atas, sama ada menerusi e-mel, SMS atau pos biasa.
2.5 – Jika anda tidak bersetuju untuk Kami memproseskan Data Peribadi anda bagi mana-mana tujuan yang dinyatakan di perenggan 2.3, sila maklumkan Kami dengan menghubungi Kami menerusi maklumat perhubungan yang dinyatakan perenggan 6.1 di bawah.
3. Pendedahan Data Peribadi
3.1 – Data Peribadi anda yang diberikan kepada Kami atau diperolehi oleh Kami akan disimpan secara rahsia oleh Kami. Walaubagaimanapun, ianya mungkin perlu bagi Kami untuk mendedahkan dan memindahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak yang berikut, sekiranya perlu, bagi tujuan perenggan 2.1:
(1) Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam;
(2) Lembaga Hasil Dalam Negeri;
(3) pejabat tanah atau pihak berkuasa tanah;
(4) bank-bank dan institusi-institusi kewangan;
(5) syarikat-syarikat, entiti-entiti atau pembekal-pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang diambil khidmat oleh Kami untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu bagi pihak Kami, termasuk yang berikut:
(a) pembekal-pembekal insurans;
(b) pembekal-pembekal kemudahan tempat simpanan;
(c) penasihat-penasihat luaran dan penasihat-penasihat profesional lain, seumpamanya juruaudit-juruaudit dan firma-firma guaman;
(d) kontraktor-kontraktor atau sub-sub kontraktor yang dilantik oleh Kami.
(7) Indah Water Consortium;
(8) badan-badan utiliti;
(9) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan;
(10) syarikat-syarikat pengurusan hartanah pihak ketiga yang berkaitan dengan hartanah yang anda telah membuat pembelian daripada Kami;
(11) Agensi Pelaporan Kredit iaitu RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI), CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) atau lain-lain agensi pelaporan kredit; dan
(12) Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan mana-mana cawangan peringkat negeri lainnya.
3.2 – Kami juga akan mendedahkan dan memindahkan maklumat kepada mana-mana badan berkanun, badan pengawal selia, pihak-pihak berkuasa tempatan dan/atau pihak-pihak berkuasa kerajaan lain yang berkenaan di mana diperlukan, dan kepada mana-mana orang yang Kami dikehendaki untuk membuat demikian menurut satu arahan atau perintah badan berkanun, badan pengawal selia, pihak-pihak berkuasa tempatan dan/atau pihak-pihak berkuasa kerajaan lain tersebut.
3.3 – Kami juga mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada syarikat-syarikat rakan strategik perniagaan Kami di mana ianya diperlukan atau adalah wajar bagi membolehkan Kami memberikan produk atau perkhidmatannya kepada anda, dan/atau bagi tujuan simpanan atau pemprosesan data.
4. E-mel Dan Laman Web
4.1 – Sebarang Data Peribadi yang diberikan melalui pendaftaran anda menerusi Laman Web Kami dan sebarang Data Peribadi yang terkandung dalam e-mel dan pesanan ‘Hubungi Kami’ dan/atau ‘Sistem Pengurusan Aduan dan Maklum Balas’ yang dihantar melalui laman web Kami kepada Kami akan digunakan dan diproseskan dengan cara yang dinyatakan dalam Notis ini. Kandungan pesanan-pesanan akan diawasi dengan ketat oleh Kami.
4.2 – Jika anda tidak ingin Data Peribadi anda dikumpulkan melalui cookies di Laman Web Kami, sila konfigurasi pelayar anda untuk membatalkan atau menyahaktifkan cookies.
4.3 – Laman web Kami mungkin mengandungi pautan ke laman web dan laman-laman lain yang tidak dimiliki oleh Kami. Kami tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang Data Peribadi atau maklumat yang anda mungkin berikan kepada lain-lain entiti melalui pautan tersebut.
5. Keselamatan Dan Penyimpanan Data Peribadi
5.1 – Data Peribadi anda yang diberikan kepada Kami atau diperolehi oleh Kami akan disimpan dengan selamat oleh Kami menerusi langkah-langkah dan prosedur-prosedur pentadbiran dan keselamatan yang munasabah dan wajar untuk menghalang sebarang pemprosesan yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang, kehilangan atau kerosakan kepada Data Peribadi anda.
5.2 – Sebarang Data Peribadi yang diberikan oleh anda kepada Kami akan disimpan oleh Kami selagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di perenggan-perenggan 2.1 dan/atau 2.3 di atas dikehendaki untuk dipenuhi, atau jika pemeliharaan sedemikian adalah perlu selaras dengan mana-mana keperluan-keperluan undang-undang, peraturan-peraturan atau perakaunan.
6. Permintaan Untuk Akses Dan Pertanyaan
6.1 – Kami mengambil langkah-langkah yang munasabah bagi memastikan bahawa Data Peribadi anda yang diberikan kepada kami adalah tepat. Walaubagaimanapun, anda boleh pada bila-bila masa selepas ini meminta akses kepada, atau meminta untuk pembetulan atau pemindaan Data Peribadi anda, atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda oleh Kami, mengikut mana yang berkenaan, namun adalah tertakluk kepada pengecualian-pengecualian dan sekatan-sekatan sebagaimana yang terkandung di bawah undang-undang terpakai. Jika anda ingin membuat demikian, sila hubungi:
U/P: Pengurus Jabatan Teknologi Maklumat,
Lagenda Armada Sdn. Bhd.,
12A, Jalan Niaga Bestari 8,
Puncak Bestari,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
E-mel: pdpa@lagendaarmada.com
Anda juga boleh menghubungi Kami melalui maklumat perhubungan di atas jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan dengan Data Peribadi anda yang diberikan kepada Kami.
6.2 – Sila ambil maklum bahawa Kami mempunyai hak untuk menolak permintaan anda bagi mengakses dan/atau membuat apa-apa pembetulan kepada Data Peribadi anda setakat mana ianya dibenarkan di bawah undang-undang terpakai.
7. Pindaan Kepada Notis
Kami mengekalkan hak Kami untuk meminda atau mengubahsuai Notis ini dari masa ke semasa tanpa memberikan notis terlebih dahulu kepada anda.