Syarikat
PengurusanLagenda Armada Sdn. Bhd.
Lagenda Armada Sdn. Bhd. kini melaksanakan pelan penyusunan semula strategik yang merangkumi pengambilalihan projek-projek terbengkalai oleh kontraktor G7. Langkah ini menjadikan Lagenda Armada Sdn. Bhd. aktif dalam menyediakan perkhidmatan pengurusan pembinaan, khususnya bagi pembangunan kediaman mampu milik. Dengan sokongan pasukan pengurusan berpengalaman serta kemahiran teknikal yang mantap, Lagenda Armada Sdn. Bhd. mengutamakan amalan pembinaan yang mengoptimumkan kecekapan projek. Selain itu, syarikat ini turut menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam kebanyakan projek untuk meningkatkan produktiviti dan mutu pembinaan.
Menurut Pengarah Urusan Lagenda Armada Sdn. Bhd., Dato’ Shaharizal Bin Ghazali, pelaksanaan pelan regularisasi ini dijangka mengembalikan syarikat kepada kedudukan kewangan yang lebih stabil dan kukuh.
Berbekalkan pengalaman luas dalam industri pembinaan, Lagenda Armada Sdn. Bhd. melihat IBS sebagai teknologi inovatif yang mampu mempercepatkan proses pembinaan tanpa menjejaskan kualiti hasil kerja. Syarikat kini memperluaskan hubungan dengan pihak industri yang terlibat dalam penggunaan teknologi IBS, menjadikannya salah satu teras utama dalam aktiviti perniagaan Lagenda Armada Sdn. Bhd.
Keutamaan Lagenda Armada Sdn. Bhd. adalah menyelaraskan setiap aspek kerja, termasuk perancangan awal, pengurusan vendor dan pembekal, serta memastikan kepuasan pelanggan terhadap kualiti dan hasil kerja. Selain itu, Lagenda Armada Sdn. Bhd. turut memberi fokus kepada aktiviti penambahbaikan kediaman dan pejabat (home improvement), menjadikannya sebahagian daripada penawaran utama syarikat.