Syarikat
Perutusan Pengarah SyarikatLagenda Armada Sdn. Bhd.
“Assalamualaikum WBT.
Saya memulakan penglibatan dalam bidang pembangunan hartanah pada sekitar tahun 2004. Pada mulanya saya bertugas sebagai penyelia tapak di sektor pengurusan dan servis. Beberapa tahun kemudian saya mula menyertai syarikat ejen hartanah untuk menimba pengalaman dan seterusnya saya menubuhkan syarikat usahasama iaitu Anggun Armada Holdings Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat jualan hartanah. Saya mula menerajui syarikat ini selaku Pengarah Urusan.
Selepas beberapa tahun mendalami bidang jualan hartanah saya mula menubuhkan syarikat saya sendiri iaitu Lagenda Armada Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah syarikat pembangunan kontraktor binaan dan pemaju Perumahan yang berdaftar di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). Syarikat ini juga merupakan syarikat perunding dan pengurusan projek hartanah dengan gabungan anak syarikat di bawah satu bumbung.
Selaras dengan misi negara, saya komited dalam membantu masyarakat dalam pemilikan hartanah berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Menjadi sebahagian daripada misi dan visi syarikat, saya juga ingin membantu lebih ramai usahawan muda yang berminat dalam bidang hartanah dan pembinaan dalam program-program anjuran syarikat kelak.”