Kategori
Baki HutangLembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
Permohonan bagi pengeluaran KWSP boleh dibuat secara atas talian melalui i-Akaun (Ahli) KWSP. Untuk penjelasan yang lebih lanjut, pelanggan boleh melayari laman sesawang KWSP di www.kwsp.gov.my atau merujuk mana-mana cawangan KWSP yang terdekat.
Sekiranya pelanggan tidak mempunyai i-Akaun (Ahli), pelanggan boleh mengemukakan permohonan rasmi kepada LPPSA dengan mengisi borang Permohonan Penyata Baki Hutang Bagi Tujuan Pengeluaran Akaun 2 KWSP yang boleh dimuat turun dari laman sesawang LPPSA di >> Sini.
Ya, pelanggan boleh memohon penyata baki hutang bagi tujuan penyelesaian penuh secara atas talian melalui portal LPPSA – https://lms.lppsa.gov.my/JACCESS/portal/ – Borang Online – Permohonan Penyata Baki Hutang Untuk Tujuan Penyelesaian Penuh.
Tidak. Baki pembiayaan perumahan yang dipaparkan di portal adalah berdasarkan anggaran baki pembiayaan sahaja dan masih belum mengambil kira kenaan faedah/ untung, caj atau bayaran terkumpul.
Pelanggan boleh memohon penyata baki hutang bagi penyelesaian baki pembiayaan. Jumlah keseluruhan baki hutang akan dikemaskini sehingga tiga (3) atau (6) bulan ke hadapan. Pelanggan boleh membuat bayaran penyelesaian mengikut bulan dan jumlah yg diberikan seperti di dalam penyata baki hutang.
Pelanggan melalui peguam boleh mengemukakan permohonan rasmi kepada LPPSA dengan menlengkapkan borang Permohonan Untuk Menebus Hutang/ Menjual/ Mencagar Harta Kepada Bank/ Institusi Kewangan (Jh1) dan Permohonan Untuk Menjual Harta Secara Kontra (Jh2) yang boleh dimuat turun dari laman sesawang LPPSA di >> Sini.
Permohonan yang lengkap boleh dipos ke alamat LPPSA seperti berikut:
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
Kompleks Kementerian Kewangan, No.9,
Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 Putrajaya.
Kemaskini terakhir: 12 November 2024