Pelan Penyelesaian Hutang (DSP)

Pelan Penyelesaian Hutang (DSP)Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

Satu pelan baharu yang diperkenalkan oleh LPPSA bagi memulihkan dan menyelesaikan hutang sivil pelanggan yang meninggalkan perkhidmatan atau bersara tidak berpencen melalui penjadualan semula bayaran balik pembiayaan.

DSP ini layak dimohon oleh anggota tentera yang bersara tidak berpencen (menamatkan perkhidmatan mengikut tempoh jangka pendek) atau penjawat awam yang meninggalkan perkhidmatan.

Pelan DSP ini tidak layak kepada peminjam:

– Berstatus muflis/bankrap
– Hartanah telah dilelong

Pelan DSP ini boleh dimohon bermula 1 Oktober 2022.

Rujuk syarat permohonan dan kelulusan DSP 1 atau DSP 2.

Rujuk terma kelulusan DSP 1 atau DSP 2.

Semakan butiran kelayakan akaun boleh dilakukan melalui talian 03-8880 1600 atau melalui Portal Pertanyaan /Aduan Rasmi LPPSA di https://etiket.lppsa.gov.my.

Permohonan boleh dilakukan melalui Portal Online LPPSA seperti dipautan https://services.lppsa.gov.my/dsp/.

Bagi tujuan pembayaran balik pembiayaan, bayaran perlulah dibuat dengan menggunakan nombor Akaun Virtual CIMB (VA) 98 << VAACTNO >> yang dikhususkan kepada peminjam melalui kaedah yang tertera dibawah:

3.1 Tunai di Kaunter CIMB seluruh Malaysia, atau;
3.2 Online melalui IBG, IBFT, RENTAS, Maybank2U atau CIMBClicks, atau;
3.3 Mesin layan diri CIMB Bank – ATM dan Deposit Tunai.

Tatacara pembayaran (E-bayaran) boleh dirujuk pada pautan https://myfinancing.lppsa.gov.my/my/e-bayaran.

Ya. Waris atau ahli keluarga boleh membuat bayaran melalui tatacara yang dinyatakan di atas (item 10) atau melalui pautan:
https://myfinancing.lppsa.gov.my/my/e-bayaran.

Ya, pelan DSP ini mengekalkan perlindungan insuran yang asal.

Pelanggan dinasihatkan untuk berbincang dengan pegawai LPPSA di talian 03-8880 1600 atau melalui Portal Pertanyaan /Aduan Rasmi LPPSA di https://etiket.lppsa.gov.my.

Ya, pembiayaan semula boleh dibuat. Namun, bayaran ansuran bulanan perlu diteruskan sehingga penyelesaian penuh dibuat ke atas baki hutang pembiayaan LPPSA.

Ya, permohonan perlu dibuat bagi penjadualan semula dengan kadar 4% setahun.

Tuan dinasihatkan merujuk terlebih dahulu dengan Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM).

Ya. Pengeluaran bayaran berperingkat atas tuntutan pihak pemaju atau kontraktor akan diteruskan sehingga bayaran keseluruhan dibuat termasuk premium bagi Polisi Pemilik Rumah Jangka Panjang (LTHO).

Kemaskini terakhir: 12 November 2024

Ketahui lebih lanjut berkenaan produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan!