Kategori
Pelepasan HakmilikLembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
Pelanggan/waris boleh membuat semakan status hakmilik/penyerahan hak melalui medium rasmi LPPSA iaitu:
1) Talian perkhidmatan pelanggan – 03-8880 1660
2) Portal e-Settled – https://services.lppsa.gov.my/e-settled
Pelanggan/waris boleh membuat permohonan pemulangan dokumen hakmilik/penyerahan hak melalui medium rasmi LPPSA iaitu:
1) Portal e-Settled – https://services.lppsa.gov.my/e-settled
2) Muat turun borang Permohonan di website rasmi LPPSA dan serah di Kaunter Pusat LPPSA atau pos ke alamat seperti berikut:-
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 9, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 PUTRAJAYA.
(u/p: Jabatan Pentadbiran Kredit 2)
Pelanggan perlu merujuk senarai semak yang telah disertakan semasa dokumen hakmilik/penyerahan hak dikembalikan samada jenis pelepasan di bawah geran atau penyerahan hak.
a. Pelepasan Geran
i) Melengkapkan tarikh di Borang 16N dan Borang 30A
ii) Berurusan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tujuan pengendorsan pengecualian duti setem; dan
iii) Berurusan terus dengan Pejabat Tanah bagi membuat pelepasan gadaian.
b) Pelepasan Penyerahan Hak
i) Berurusan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tujuan pengendorsan pengecualian duti setem;
ii) Berurusan dengan Mahkamah Tinggi/Pejabat dan Survei Sabah atau Sarawak bagi urusan pembatalan dokumen Penyerahan hak; dan
iii) Berurusan dengan Pemaju atau Pejabat Tanah terlibat bagi mendapatkan Geran individu.
Bagi kes kematian, waris pelanggan perlu kemukakan salah satu dari dokumen di bawah untuk urusan pelepasan gadaian dan hakmilik kepada waris yang berkenaan:-
1. Surat Perintah Pembahagian Harta, Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 yang dikeluarkan oleh Pegawai Pejabat Tanah, yang lengkap dengan maklumat harta tak alih (Jadual I) dan harta alih (Jadual II) bagi jumlah nilaian keseluruhan harta tidak melebihi RM 2 juta; atau
2. Surat Kuasa Mentadbir Harta yang dikeluarkan oleh Pegawai Pejabat Tanah bagi jumlah nilaian keseluruhan harta tidak melebihi RM 2 juta; atau
3. Surat Kuasa Pentadbiran (Letter of Administration) / Grant of Probate yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi bagi jumlah nilaian keseluruhan harta melebihi RM 2 juta; atau
4. Surat Perintah Mahkamah; atau
5. Surat Akuan Pentadbiran Harta oleh Amanah Raya Berhad.
Sekiranya tiada, mohon pihak waris untuk kemukakan maklumat berikut melalui Portal Etiket – https://etiket.lppsa.gov.my/ untuk pihak kami mengeluarkan surat perintah pembahagian harta pusaka bagi mendapatkan salah satu dokumen di atas:-
Nama pelanggan :
No. K/p pelanggan :
Nama Waris :
No. K/p Waris :
Alamat Surat Menyurat :
Alamat E-mel :
No. Tel :
Setelah salah satu dokumen tersebut diperolehi, majukan dokumen tersebut bersama maklumat waris ke LPPSA.
Terdapat 3 kaedah pemulangan dokumen hakmilik/penyerahan hak kepada pelanggan/waris iaitu:
1. Melalui Pos berdaftar – Dokumen akan dipos ke alamat terkini yang telah dikemaskini oleh pihak pelanggan.
2. Melalui kutipan – Pihak LPPSA akan menghubungi pelanggan/waris bagi menetapkan tarikh temujanji setelah dokumen telah sedia untuk dikutip. Sekiranya kutipan dibuat oleh wakil pelanggan, sila bawa bersama surat wakil kuasa yang telah ditandatangani oleh pelanggan.
3. Melalui lantikan peguam – Peguam yang dilantik oleh pelanggan / waris hendaklah mengemukakan dokumen berikut kepada LPPSA: –
a. Surat pemohonan dari pihak peguam
b. Surat lantikan dari pelanggan / waris atau Surat Kebenaran
c. Borang16N/ MDOC/ SOC/ DRR (mana yang berkenaan)
d. Borang 30A (Semenanjung Malaysia); atau Borang N1 (Sabah dan Sarawak)
e. Carian Rasmi terkini
f. Salinan Surat Perintah Pembahagian Harta Pusaka/ Surat Kuasa Mentadbir Harta/ Grant Probate/ Perintah Mahkamah/ Akuan Amanah Raya Berhad (untuk kes kematian sahaja)
Pihak pelanggan/waris dikehendaki untuk kemukakan carian rasmi yang lengkap dengan tarikh kemasukan kaveat dan hantar ke LPPSA melalui Portal Etiket – https://etiket.lppsa.gov.my/ bagi membolehkan pihak kami mengeluarkan surat pembatalan kaveat yang berkenaan bagi hartanah tersebut.
Sekiranya pihak pelanggan telah melantik peguam bagi urusan pemulangan hakmilik/penyerahan hak, mohon pihak peguam yang dilantik kemukakan dokumen-dokumen seperti berikut kepada LPPSA:-
a) Surat pemulangan hakmilik (Cover Letter)
b) Surat lantikan peguam oleh pelanggan/Salinan GH1/GH2
c) Borang 16N/Borang MDOC/SOC/DRR (mana yang berkaitan)
d) Borang 30A/Borang N1 (mana yang berkaitan)
e) Carian rasmi terkini hartanah
f) Salinan Surat perintah pembahagian harta pusaka/Surat kuasa mentadbir harta/ Perintah mahkamah/Grant Probate/Akuan Amanah Raya Berhad (jika kes kematian)
Sila pastikan semua dokumen yang dinyatakan di atas lengkap disertakan bagi mengelakkan permohonan di tolak.
Berapa lamakah proses pemulangan dokumen hakmilik/ penyerahan hak diambil setelah permohonan dibuat?
Permohonan akan diproses dalam tempoh 14 hari berkerja bermula dari tarikh permohonan lengkap diterima.
Kemaskini terakhir: 12 November 2024