Kategori
Penyelesaian PinjamanLembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
Bagi pembiayaan yang telah selesai sepenuhnya pihak pelanggan perlu melakukan 2 perkara seperti berikut:
1) Membuat pembatalan polisi insuran seperti mana yang dinyatakan di dalam surat penyelesaian pembiayaan.
2) Membuat semakan dan pemohonan tuntutan lebihan bayaran (sekiranya ada) dan pemulangan dokumen hakmilik melalui:
a) Portal e-Settled – https://services.lppsa.gov.my/e-settled
b) Muat turun borang Permohonan di website rasmi LPPSA dan serah di Kaunter Pusat LPPSA atau pos ke alamat seperti berikut:-
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 9, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 PUTRAJAYA.
(u/p: Jabatan Pentadbiran Kredit 2)
Surat selesai pembiayaan akan dihantar ke pelanggan mengikut alamat terakhir yang dikemaskini kepada LPPSA. Sekiranya pihak pelanggan tidak menerima surat tersebut, sila mohon melalui portal eTiket – https://etiket.lppsa.gov.my/.
Ya, pihak pelanggan perlu mengemukakan surat penyelesaian pembiayaan kepada syarikat insuran yang berkaitan bagi tujuan tuntutan atau pembatalan polisi insuran.
Surat selesai pembiayaan akan dikeluarkan dalam tempoh 5 hari bekerja bermula dari tarikh bayaran penuh dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan.
Kemaskini terakhir: 12 November 2024