Proses Cagaran Hartanah – (Pre-Disbursement)

Proses Cagaran Hartanah – (Pre-Disbursement)Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

Cagaran gadaian adalah tatacara cagaran yang digunakan bagi hartanah yang sudah mempunyai Hakmilik Individu/ Strata. Penyerahan hak adalah tatacara cagaran yang digunakan bagi hartanah yang belum mempunyai Hakmilik Individu/ Strata.

1st party bermaksud pemilik hartanah dan peminjam adalah pihak yang sama manakala 3rd party adalah keadaan dimana tidak semua pemilik hartanah mengambil pembiayaan dengan LPPSA.

Ya, LPPSA menyediakan surat iringan standard yang perlu diguna pakai oleh pihak peguam bagi kedua-dua tujuan di atas dan boleh dimuat turun daripada Sistem Juris Credit.

Semua dokumen berkaitan pembiayaan perumahan sektor awam di bawah LPPSA telah mendapat pengecualian duti setem. Walau bagaimanapun, peguam diminta untuk mendapatkan pengecualian dari pejabat setem yang berkenaan.

Wang beza mesti dijelaskan oleh peminjam sebelum pihak peguam menghantar surat nasihat pengeluaran wang pembiayaan (Advice to Release-ATOR).

Penyempurnaan dokumen pembiayaan dan sekuriti mengambil tempoh 7 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

Borang cagaran boleh dimuat turun daripada sistem Juris Credit berdasarkan Surat arahan (Letter of Instruction) yang dikeluarkan oleh LPPSA.

Pihak peguam mesti menunggu pengembalian dokumen sekuriti sebelum melakukan pembetulan yang diperlukan didalam dokumen sekuriti dan sistem Juris Credit.

Email notifikasi akan dihantar kepada pihak peguam . Pemberitahuan tersebut perlu dicetak dan ditunjukkan kepada pegawai yang berkenaan semasa mengutip dokumen tersebut.

Butiran tersebut boleh didapati di laman web rasmi LPPSA. Klik >> Sini

Pihak Peguam boleh merujuk templat standard surat iringan nasihat pengeluaran pembiayaan (Advise to Release – ATOR) LPPSA yang terdapat di sistem Juris Credit untuk dokumen yang diperlukan.

Pembayaran pembiayaan akan diproses untuk kelulusan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

Untuk kes di mana harta dicagar di bank, yuran guaman akan dikreditkan ke dalam akaun peguam setelah menerima nasihat pengeluaran wang kedua. Sekiranya harta tanah tidak dicagarkan, pembayaran atas yuran guaman akan dibuat atas nasihat pengeluaran wang pertama.

Pihak Peguam perlu menjawab kuiri melalui Follow Up Reply dan muatnaik dokumen yang diminta di dalam sistem Juris Credit.

Kemaskini terakhir: 12 November 2024

Ketahui lebih lanjut berkenaan produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan!