Tentang Kami

Bina Rumah Dulu, Bayar Kemudian
Lagenda Armada Sdn. Bhd.

Lagenda Armada Sdn. Bhd. merupakan syarikat pemaju perumahan dan perunding hartanah yang berlesen serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ditubuhkan pada tahun 2015 dengan matlamat untuk terlibat di dalam industri pemajuan hartanah dan binaan.

Lagenda Armada Sdn. Bhd. bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti hartanah sebagai pemaju untuk pembinaan projek perumahan mampu milik. Projek-projek pembinaan yang dijalankan oleh Lagenda Armada Sdn. Bhd. ini lebih terarah kepada pembinaan rumah kediaman untuk kakitangan awam melalui kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selaras dengan peranan syarikat sebagai pemaju perumahan.

Selain itu, Lagenda Armada Sdn. Bhd. juga terlibat dengan perkhidmatan konsultasi am berkaitan pengurusan hartanah. Perkhidmatan konsultasi yang ditawarkan adalah merangkumi aspek-aspek perundingan, jualan dan pengurusan.

Dengan adanya pengetahuan dan kemahiran pengurusan yang kukuh dalam industri pembinaan, Lagenda Armada Sdn. Bhd. akan menyediakan perkhidmatan yang terbaik secara berintegriti, kepakaran pembinaan maju dan matang serta saintifik dan pendekatan pengurusan yang cekap kepada para pelanggan dan bakal-bakal pelanggannya.

Lagenda Armada Sdn. Bhd. dengan sejarah penubuhannya yang singkat di dalam dunia hartanah telah menjadi pemimpin di dalam industri pemilikan rumah mampu milik dan turut dikenali kerana mengambil langkah inovatif.

Syarikat sangat berbangga dengan pencapaian yang dikecapi dan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk mengambil bahagian dalam menawarkan perundingan pemilikan perumahan yang lebih kompetitif sebagai alternatif kepada golongan sasar untuk memiliki rumah sendiri.

Lagenda Armada Sdn. Bhd.

Pengurusan Kami

Lagenda Armada Sdn. Bhd. melaksanakan pelan penyusunan semula yang melibatkan pengambilalihan projek terbengkalai kontraktor G7, menjadikan syarikat kami terlibat di dalam penyediaan perkhidmatan pengurusan pembinaan terutamanya untuk bangunan kediaman mampu milik.

Diketuai oleh pasukan pengurusan yang berpengalaman dan teknikal yang kuat, LASB mengamalkan amalan pembinaan yang menyokong pengoptimuman kecekapan projek pembinaannya. Ia mengguna pakai sistem bangunan perindustrian (IBS) dalam kebanyakan projek pembangunan dan pembinaannya yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan meningkatkan kualiti projek kami.

Pengarah urusan Lagenda Armada Sdn. Bhd., Dato’ Shaharizal bin Ghazali berkata, penyempurnaan pelan regularisasi akan membolehkan syarikat kembali kepada kedudukan kewangan dan keuntungan yang lebih baik dan kukuh.

Lagenda Armada Sdn. Bhd.

Pengarah Syarikat
Saya memulakan penglibatan dalam bidang pembangunan hartanah pada sekitar 2004. Pada mulanya saya bertugas sebagai penyelia tapak di sektor pengurusan dan servis. Beberapa tahun kemudian saya mula menyertai syarikat ejen hartanah untuk menimba pengalaman dan seterusnya saya menubuhkan syarikat usahasama iaitu Anggun Armada Holdings Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat jualan hartanah. Saya mula menerajui syarikat ini selaku Pengarah Urusan. Selepas beberapa tahun mendalami bidang jualan hartanah saya mula menubuhkan syarikat saya sendiri iaitu Lagenda Armada Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah Syarikat Pembangunan Kontraktor Binaan Perumahan dan Pemaju Perumahan yang berdaftar di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). Syarikat ini juga merupakan syarikat perunding dan pengurusan projek hartanah dengan gabungan anak syarikat di bawah satu bumbung. Selaras dengan misi negara, saya komited dalam membantu masyarakat dalam pemilikan hartanah berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Menjadi sebahagian daripada misi dan visi syarikat, saya juga ingin membantu lebih ramai usahawan muda yang berminat dalam bidang hartanah dan pembinaan dalam program-program anjuran syarikat kelak.

DATO’ SHAHARIZAL BIN GHAZALI
Pengarah Urusan Lagenda Armada Sdn. Bhd.

Berminat Untuk Tahu Lebih Lanjut?
Kami telah berjaya membina hampir 170 buah rumah dan mempunyai tenaga pekerja dari semua bidang pembinaan yang melebihi 10 tahun pengalaman.